Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
Ðalam
menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia, Rasulullah SAW
diiktiraf sebagai seorang ‘pendidik teragung’. Ini kerana melalui sirah,
kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau kaedah pengajaran
diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan secara berkesan.
Ðalam
dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori dan
aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri Rasulullah
SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah tentu
tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga memberi
impak positif kepada sahabat pada masa itu.
Kaedah
pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah
membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan. Inilah satu
karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui
satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur
seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.
Ðikatakan
Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat
lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi
dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat
berkenaan.
Baginda
SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas
mimbar lalu memuji Allah dan berkata: “Apakah seorang amil yang aku
lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk
engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada
di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?”
Hayati
baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara langsung nama
pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan secara umum
dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah daripada
lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut nama
pesalah dalam kisah itu?
Ðalam
hal ini, Rasulullah SAW mempraktikkan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’,
maksudnya, Baginda selalu mengajar sahabat agar jangan mengaibkan
manusia lain dan jelaslah bahawa Baginda sendiri mempamerkannya dengan
sikap itu.
Pesan
Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain
di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis
riwayat Muslim)
Rasulullah
SAW bukan sekadar bijak dalam menyampaikan dakwah, tetapi Baginda
sendiri mendahului apa yang diajarkan. Ini pengajaran dan teladan amat
berguna buat pendakwah dan pendidik. Jangan hanya sekadar bersemangat
tinggi menyampaikan sesuatu ajaran, tetapi dalam kehidupan seharian jadi
bertentangan dengan apa yang disampaikan.
Kaedah
kedua yang diutarakan Rasulullah SAW dalam penyampaian dakwahnya ialah
memberi pujian. Ðalam ilmu psikologi moden mengatakan, pujian adalah
elemen kepada pencetus rangsangan untuk bertindak dengan lebih aktif dan
positif. Namun, Rasulullah SAW mendahului zaman dan sejak awal lagi
mempraktikkan elemen murni itu.
Ini
dapat kita hayati bersama dalam satu kisah berikut. Apabila Muaz bin
Jabal duutuskan ke Yaman sebagai hakim, Baginda SAW bertanya, “Apabila
kamu dihadapkan dengan sesuatu masalah, bagaimana engkau menghukum?”
Muaz menjawab, “Aku menghukum seperti dalam al-Quran.”
Baginda bertanya lagi, “Jika tidak ada dalam kitab?” Jawab Muaz, “Aku menghukum seperti yang ada dalam sunnah rasul.”
Baginda meneruskan soalannya, “Jika tiada dalam sunnah rasul?” Kata Muaz, “Aku akan berijtihad berdasarkan fikiranku.”
Lalu
Baginda menepuk dada Muaz sambil berkata, “Pujian bagi Allah yang
memberikan taufik kepada perutusan Rasul seperti mana yang diredai oleh
Rasulnya.”
Tindakan
Baginda dalam memberikan pujian kepada Muaz dalam aspek ini suatu
tindakan yang sudah tentu menaikkan semangat dan perangsang kepada
indivitu untuk terus melakukan kebaikan.
Sebenarnya,
kaedah memberikan pujian juga perlu dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa
ketika mendidik anak. Jangan kedekut untuk memuji anak yang bertindak
betul dan selaras dengan tuntutan agama. Ini kerana melalui pendekatan
memberi pujian akan memperkembangkan potensi anak untuk menghayati
ajaran yang disampaikan.
Kaedah
seterusnya yang ada dalam siri dakwah Baginda kepada sahabat ialah
pengajaran berasaskan strategi membuka celik minda. Rasulullah SAW
banyak sekali membuka minda sahabat apabila ingin menyampaikan sesuatu
perkara.
Sumber : BHarian 17/02/2012
credit : forum SIM {sahabat interaktif malaysia)
No comments:
Post a Comment