Wednesday, July 4, 2012

BAGAIMANA UNTUK MENGHILANGKAN BUNCIT? :P

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.  Sumber Mynewshub.my

Friday, June 8, 2012

Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah


Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah



Ðalam menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia, Rasulullah SAW diiktiraf sebagai seorang ‘pendidik teragung’. Ini kerana melalui sirah, kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau kaedah pengajaran diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan secara berkesan.

Ðalam dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori dan aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri Rasulullah SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah tentu tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga memberi impak positif kepada sahabat pada masa itu.

Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan. Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.

Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.

Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: “Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?”

Hayati baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara langsung nama pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan secara umum dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah daripada lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut nama pesalah dalam kisah itu?

Ðalam hal ini, Rasulullah SAW mempraktikkan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, maksudnya, Baginda selalu mengajar sahabat agar jangan mengaibkan manusia lain dan jelaslah bahawa Baginda sendiri mempamerkannya dengan sikap itu.

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bukan sekadar bijak dalam menyampaikan dakwah, tetapi Baginda sendiri mendahului apa yang diajarkan. Ini pengajaran dan teladan amat berguna buat pendakwah dan pendidik. Jangan hanya sekadar bersemangat tinggi menyampaikan sesuatu ajaran, tetapi dalam kehidupan seharian jadi bertentangan dengan apa yang disampaikan.

Kaedah kedua yang diutarakan Rasulullah SAW dalam penyampaian dakwahnya ialah memberi pujian. Ðalam ilmu psikologi moden mengatakan, pujian adalah elemen kepada pencetus rangsangan untuk bertindak dengan lebih aktif dan positif. Namun, Rasulullah SAW mendahului zaman dan sejak awal lagi mempraktikkan elemen murni itu.

Ini dapat kita hayati bersama dalam satu kisah berikut. Apabila  Muaz bin Jabal duutuskan ke Yaman sebagai hakim, Baginda SAW bertanya, “Apabila kamu dihadapkan dengan sesuatu masalah, bagaimana engkau menghukum?” Muaz menjawab, “Aku menghukum seperti dalam al-Quran.”

Baginda bertanya lagi, “Jika tidak ada dalam kitab?” Jawab Muaz, “Aku menghukum seperti yang ada dalam sunnah rasul.”
Baginda meneruskan soalannya, “Jika tiada dalam sunnah rasul?” Kata Muaz, “Aku akan berijtihad berdasarkan fikiranku.”

Lalu Baginda menepuk dada Muaz sambil berkata, “Pujian bagi Allah yang memberikan taufik kepada perutusan Rasul seperti mana yang diredai oleh Rasulnya.”

Tindakan Baginda dalam memberikan pujian kepada Muaz dalam aspek ini suatu tindakan yang sudah tentu menaikkan semangat dan perangsang kepada indivitu untuk terus melakukan kebaikan.

Sebenarnya, kaedah memberikan pujian juga perlu dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa ketika mendidik anak. Jangan kedekut untuk memuji anak yang bertindak betul dan selaras dengan tuntutan agama. Ini kerana melalui pendekatan memberi pujian akan memperkembangkan potensi anak untuk menghayati ajaran yang disampaikan.

Kaedah seterusnya yang ada dalam siri dakwah Baginda kepada sahabat ialah pengajaran berasaskan strategi membuka celik minda. Rasulullah SAW banyak sekali membuka minda sahabat apabila ingin menyampaikan sesuatu perkara.

Sumber : BHarian 17/02/2012
 
credit : forum SIM {sahabat interaktif malaysia)

Wednesday, March 28, 2012

Perempuan memang tak guna!!!” (must read)

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalahpakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahubahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yg trbau haruman itu akan mnghadiahkan 1dosa zina utk prempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itu…nauzubillah….

4. Perempuan memang tidak guna kata- kata yang keji , kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk ‘perbukitan’ pada badannya . Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberiperingatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik…

Sumber : pakarhowto.com, uwais qarn

Anda sudah selesai membaca? Marah? Geram? Maaf kerana mewujudkan perasaan itu.....:)
Diharap perkongsian daripada artikel ini boleh menjadi hint berguna untuk semua, khususnya insan bergelar wanita....

"Kerana dirimu begitu berharga..."

KREDIT 2:syok.org & kuhatiberani.blogspot.com