Wednesday, July 4, 2012

BAGAIMANA UNTUK MENGHILANGKAN BUNCIT? :P

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.  Sumber Mynewshub.my

Friday, June 8, 2012

Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah


Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah



Ðalam menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia, Rasulullah SAW diiktiraf sebagai seorang ‘pendidik teragung’. Ini kerana melalui sirah, kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau kaedah pengajaran diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan secara berkesan.

Ðalam dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori dan aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri Rasulullah SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah tentu tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga memberi impak positif kepada sahabat pada masa itu.

Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan. Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.

Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.

Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: “Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?”

Hayati baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara langsung nama pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan secara umum dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah daripada lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut nama pesalah dalam kisah itu?

Ðalam hal ini, Rasulullah SAW mempraktikkan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, maksudnya, Baginda selalu mengajar sahabat agar jangan mengaibkan manusia lain dan jelaslah bahawa Baginda sendiri mempamerkannya dengan sikap itu.

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bukan sekadar bijak dalam menyampaikan dakwah, tetapi Baginda sendiri mendahului apa yang diajarkan. Ini pengajaran dan teladan amat berguna buat pendakwah dan pendidik. Jangan hanya sekadar bersemangat tinggi menyampaikan sesuatu ajaran, tetapi dalam kehidupan seharian jadi bertentangan dengan apa yang disampaikan.

Kaedah kedua yang diutarakan Rasulullah SAW dalam penyampaian dakwahnya ialah memberi pujian. Ðalam ilmu psikologi moden mengatakan, pujian adalah elemen kepada pencetus rangsangan untuk bertindak dengan lebih aktif dan positif. Namun, Rasulullah SAW mendahului zaman dan sejak awal lagi mempraktikkan elemen murni itu.

Ini dapat kita hayati bersama dalam satu kisah berikut. Apabila  Muaz bin Jabal duutuskan ke Yaman sebagai hakim, Baginda SAW bertanya, “Apabila kamu dihadapkan dengan sesuatu masalah, bagaimana engkau menghukum?” Muaz menjawab, “Aku menghukum seperti dalam al-Quran.”

Baginda bertanya lagi, “Jika tidak ada dalam kitab?” Jawab Muaz, “Aku menghukum seperti yang ada dalam sunnah rasul.”
Baginda meneruskan soalannya, “Jika tiada dalam sunnah rasul?” Kata Muaz, “Aku akan berijtihad berdasarkan fikiranku.”

Lalu Baginda menepuk dada Muaz sambil berkata, “Pujian bagi Allah yang memberikan taufik kepada perutusan Rasul seperti mana yang diredai oleh Rasulnya.”

Tindakan Baginda dalam memberikan pujian kepada Muaz dalam aspek ini suatu tindakan yang sudah tentu menaikkan semangat dan perangsang kepada indivitu untuk terus melakukan kebaikan.

Sebenarnya, kaedah memberikan pujian juga perlu dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa ketika mendidik anak. Jangan kedekut untuk memuji anak yang bertindak betul dan selaras dengan tuntutan agama. Ini kerana melalui pendekatan memberi pujian akan memperkembangkan potensi anak untuk menghayati ajaran yang disampaikan.

Kaedah seterusnya yang ada dalam siri dakwah Baginda kepada sahabat ialah pengajaran berasaskan strategi membuka celik minda. Rasulullah SAW banyak sekali membuka minda sahabat apabila ingin menyampaikan sesuatu perkara.

Sumber : BHarian 17/02/2012
 
credit : forum SIM {sahabat interaktif malaysia)

Wednesday, March 28, 2012

Perempuan memang tak guna!!!” (must read)

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalahpakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahubahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yg trbau haruman itu akan mnghadiahkan 1dosa zina utk prempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itu…nauzubillah….

4. Perempuan memang tidak guna kata- kata yang keji , kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk ‘perbukitan’ pada badannya . Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberiperingatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik…

Sumber : pakarhowto.com, uwais qarn

Anda sudah selesai membaca? Marah? Geram? Maaf kerana mewujudkan perasaan itu.....:)
Diharap perkongsian daripada artikel ini boleh menjadi hint berguna untuk semua, khususnya insan bergelar wanita....

"Kerana dirimu begitu berharga..."

KREDIT 2:syok.org & kuhatiberani.blogspot.com

Wednesday, November 30, 2011

[GEMA MINDA] Vitamin & Fungsi nya

MASA KINI, mengambil supplement adalah satu kebiasaan bagi masyarakat kita. Mungkin tahap kesedaran terhadap kesihatan yang semakin tinggi atau mingkin lambakan supplement dengan kemasukan syarikat-syarikat berciorak MLM ke dalam negara kita menyebabkan kita terpaksa mengambil supplement yg telah dibeli.

Namun bagi yg baru nak mencuba-cuba atau dah pernah dan amalkan adakah kita tahu fungsi supplement yg kita ambil? adakah kita sekadar mengambil mengikut rakan-rakan atau sekadar cuba2? Nah...dibawah ni hamba berikan kepada tuan hamba semua jenis2 supplement & fungsinya terhadap kita.....

SUPLEMEN FUNGSI

Vitalea (Multivitamin)
1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
7. Membantu penyerapan zat dari makanan.

Vita-C Sustained Release
1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.

B Complex
1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
3. Membantu kelancaran urat saraf.
4. Mengelakkan stress.
5. Mengelakkan sembelit.

Alfalfa
1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
3. Mengatasi sakit sendi.
4. Membanyakkan susu badan.

Vitamin E
1. Melambatkan proses penuaan.
2. Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
3. Membantu dalam penyerapan oksigen.
4. Mencegah kanser.
5. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
6. Sebagai antioksidan.

Ostematrix (Calcium Magnesium)
1. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
2. Mencegah kekejangan otot (cramp).
3. Membantu dalam pembekuan darah.
4. Menstabilka denyutan jantung.
5. Mengurangkan migrain.
6. Membaiki stimulasi urat saraf.

Iron Plus C
1. Pembinaan sel darah untuk pengaliran oksigen dalam badan.
2. Mengelakkan anemia.
3. Membantu dalam sistem kekebalan.

Zinc
1. Menyembuhkan luka.
2. Terlibat dalam penghasilan insulin.
3. Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
4. Mengawal kelemumur.

Lecithin
1. Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
2. Menolong mengeluarkan lemak dari sel – bagus untuk menurunkan berat badan.
3. Bagus untuk rambut.
4. Menegangkan dan melembutkan kulit.

Carotomax (Beta Carotene)
1. Untuk kesihatan mata.
2. Membina semula sel yang rosak.
3. Menguatkan imuniti badan.
4. Membina sel darah putih.

Fiber
1. Membantu mengurangkan sembelit.
2. Untuk kesihatan usus.
3. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
4. Mengurangkan kadar gula dalam darah.
5. Membuang toksin dalam badan.

E.P.A
1. Mengurangkan kolesterol.
2. Membina sel otak.
3. Mengurangkan sakit sendi.
4. Mengurangkan risiko sakit jantung.

GLA Plus
1. Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
2. Membantu mengawal kencing manis.
3. Membantu mengawal berat badan.

Energizing Soy Protein
1. Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
2. Membina sel2 tubuh.
3. Membantu kesihatan kuku dan rambut.
4. Membina ketahanan badan.
5. Menambah susu badan.

MealShake
1. Pemakanan lengkap yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan protein
2. Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
3. Boleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.

Performance Drink
1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

[GEMA MINDA] 20 CIRI PEREMPUAN MURAHAN


1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..

9. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

10. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

11. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..

12. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

13. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

14. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo

15. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..

16. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

17. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..

18. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

19. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..

20. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

credit : syok.org

[GEMA MINDA] tips untuk bakal pengantin

MUSIM cuti sekolah memang merupakan pilihan buat bakal pengantin untuk melansungkan majlis perkahwinan . menggunakan kesempatan yang ada ni untuk aku berkongsi serba sedikit tips untuk bakal pengantin . TAHNIAH untuk yang bakal bergelar suami/isteri .

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat . semoga tips ni boleh membantu korang .

p/s: kerdit for informasi dot my

Monday, October 17, 2011

[GEMA MINDA] GEMPAR!! HUKUM HUDUD DALAM AGAMA KRISTIAN

Salam alaik,

Hudud hanya sebahagian kecil sahaja daripada Syariah. Namun banyak sangat komen oleh pelbagai jenis makhluk.

Saya agak fed-up dengan beberapa umat Islam yang mengutuk hukum hudud dalam hal murtad. Saya juga rasa pelik dengan beberapa kenalan Christian yang kata agama Islam itu zalim dalam hal murtad.

Yang saya boleh perkatakan ialah kedua-dua pihak adalah jahil dan fasik dengan agama mereka sendiri - yang Christian mahupun yang Muslim.

Ajaran Christian dan Yahudi memerintahkan umat mereka merejam orang yang murtad sehingga mati atau membunuh si-murtad dengan pedang serta memerintahkan ternakan mereka dibunuh, harta mereka dan tempat tinggal mereka dibakar !

Lihat sini terjemahan dalam Bahasa Melayu hukum murtad dalam Agama Christian dan Yahudi yang saya ambil daripada salahsatu daripada buku Injil Deuteronomy versi King James V - bab 13 Ayat ke-6 hingga ke-18.

English :

6 If thy brother, the son of thy mother, or thy son, or thy daughter, or the wife of thy bosom, or thy friend, which is as thine own soul, entice thee secretly, saying, Let us go and serve other gods, which thou hast not known, thou, nor thy fathers; 7 Namely, of the gods of the people which are round about you, nigh unto thee, or far off from thee, from the one end of the earth even unto the other end of the earth; 8 Thou shalt not consent unto him, nor hearken unto him; neither shall thine eye pity him, neither shalt thou spare, neither shalt thou conceal him: 9 But thou shalt surely kill him; thine hand shall be first upon him to put him to death, and afterwards the hand of all the people. 10 And thou shalt stone him with stones, that he die; because he hath sought to thrust thee away from the LORD thy God, which brought thee out of the land of Egypt, from the house of bondage. 11 And all Israel shall hear, and fear, and shall do no more any such wickedness as this is among you.


12 If thou shalt hear say in one of thy cities, which the LORD thy God hath given thee to dwell there, saying, 13 Certain men, the children of Belial, are gone out from among you, and have withdrawn the inhabitants of their city, saying, Let us go and serve other gods, which ye have not known; 14 Then shalt thou inquire, and make search, and ask diligently; and, behold, if it be truth, and the thing certain, that such abomination is wrought among you; 15 Thou shalt surely smite the inhabitants of that city with the edge of the sword, destroying it utterly, and all that is therein, and the cattle thereof, with the edge of the sword. 16 And thou shalt gather all the spoil of it into the midst of the street thereof, and shalt burn with fire the city, and all the spoil thereof every whit, for the LORD thy God: and it shall be an heap for ever; it shall not be built again. 17 And there shall cleave nought of the cursed thing to thine hand: that the LORD may turn from the fierceness of his anger, and show thee mercy, and have compassion upon thee, and multiply thee, as he hath sworn unto thy fathers; 18 When thou shalt hearken to the voice of the LORD thy God, to keep all his commandments which I command thee this day, to do that which is right in the eyes of the LORD thy God.

Melayu :

6. Jika adik-beradik lelaki, anak lelaki kepada ibu kamu, atau anak lelaki kamu, atau anak perempuan kamu, atau isteri kepada orang yang kamu kasihi, atau sahabat kamu yang kamu sayangi, berkata " Marilah kita pergi dan sembah tuhan-tuhan lain, yang kamu tidak ketahui, juga yang tidak diketahui oleh bapa-bapa kamu; 7. Terutama sekali tuhan-tuhan di dalam komuniti kamu, dekat ataupun jauh daripada kamu, daripada hujung bumi kepada hujung bumi; 8. Kamu jangan menerima dia mahupun mendengarnya, mahupun memandangnya dengan belas kasihan, mahupun menyelamatkannya, mahupun menyembunyikannya; 9. Tetapi kamu sewajibnya membunuhnya; kamu bertanggungjawab untuk mempastikan pembunuhannya dan selepas itu terletak di dalam tangan orangramai; 10. Dan kamu sepatutnya merejamnya dengan batu sehingga mati; sebab dia telah mengajak kamu menjauhkan diri daripada Tuhan yang sebenar, yang telah membawa kamu keluar dari Mesir, daripada perhambaan. 11. Dan seluruh Israel wajib mendengar dan takut serta jangan melakukan perbuatan murtad di kalangan kamu.

12.Jika sekiranya kamu mendengar di dalam mana-mana bandar, di mana Tuhan kamu telah mengizinkan kamu duduki, ada di kalangan yang memperkatakan, 13. beberapa orang dari anak-anak Belial, yang mengasingkan diri dari kamu dan keluar daripada bandar-bandar mereka itu, sambil berkata, "Mari kita pergi, dan sembah tuhan-tuhan lain, yang kamu tidak ketahui sebelum ini; 14, Kamu wajib menanya, dan menyiasat dan bertanya dengan kesungguhan dan jika benar, sah dan pasti, maka perbuatan mereka itu adalah sangat jahat di kalangan kamu; 15 Kamu sewajibnya membunuh penduduk bandar itu dengan hujung pedang, hapuskan mereka semuanya dan musnahkan apa saja di bandar itu, bunuh juga segala binatang ternakan dengan hujung pedang;16. Kamu sepatutnya kumpulkan segala harta mereka di atas tengah jalan-jalan di bandar itu, dan bakarlah bandar itu dengan api, dan apa saja harta-kekayaan di dalamnya, Di sisi Tuhan itu semua hanyalah timbunan, yang tidak harus dibina semula. 17. Jangan kamu ambil walaupun sedikit daripada harta mereka yang dilaknat itu, supaya tidak menimbulkan kemarahan Tuhan kepada kamu dengan kemarahan yang amat, supaya Tuhan melihat kamu dengan belas kasihan dan ehsan dan membarkati seperti yang Dia berikan kepada bapa-bapa kamu; 18. Apabila kamu mendengar kata-kata Tuhan kamu, melaksanakan semua perintahNya seperti aku perintahkan kamu hari ini, maka kamu dilihat sebagai melakukannya yang benar oleh Tuhan kamu.

SUMBER: SAHABAT INTERAKTIF MALAYSIA GROUP